Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Hingga hari ini masih belum dapat dipastikan bilakah pergolakan politik di Yaman akan berakhir. Diktator Ali Abdullah Saleh secara terang-terangan memberi peluang kepada pengganas Al-Qaeda untuk meluaskan pengaruhnya yang sekaligus membantu misi imperialis Barat di Yaman dan secara tidak langsung memberi manfaat besar untuk Amerika.

Situasi politik di Yaman menyaksikan penduduk awam terpaksa bangkit memperjuangkan hak-hak mereka. Antara beberapa peristiwa yang terjadi di rantau tersebut ialah:

Serangan pesawat tanpa pemandu di Selatan Yaman

Agensi berita Saba melaporkan pasawat Amerika kawalan jauh menyerang selatan Yaman. Dalam serangan ini 10 orang terbunuh. Serangan ini mengiringi laporan media massa Yaman yang melaporkan pihak Saudi sedang berusaha membasmi Syiah Zaidiyah dari rantau tersebut pagi kelmarin.

Menurut media lagi, regim Saudi yang disokong paksi Arab-Barat, hingga hari telah mengerahkan 60,000 askarnya untuk menyerang pejuan-pejuang Hawthi.

Rancangan Amerika untuk menghancurkan Yaman

Jurucakap pejuang revolusi Yaman berkata, Amerika menggunakan alasan Al-Qaeda untuk mengukuhkan kedudukannya di rantau tersebut demi menguasai sumber minyak.

Sultan Al-Sami'i berkata, "Kumpulan yang digelar Al-Qaeda beberapa hari lalu telah membunuh 23 askar regim Abdullah Saleh di Selatan Yaman."

Mufti Saudi istihar jihad memerangi Syiah Hawthi

Ahli Jawatankuasa Komuniti Rakyat Yaman menganggap seruan mufti Saudi untuk berjihad memerangi Syiah Hawthi sebagai hubungan erat antara Wahabi dan pengganas Al-Qaeda.

Naif Al-Syar'abi berkata, "Kemasukan unsur-unsur militan Saudi ke Yaman, kejahilan ahli politik dan para pegawai negara ini merupakan bahaya yang paling besar mengancam Yaman."

Kata beliau lagi, "Kehadiran unsur-unsur militan Saudi di Yaman sampai ke peringkat mendapat sokongan pengamal agama. Mufti Wahabi, Muhammad Al-'Arifi berkata tentang kewajipan jihad, barangsiapa yang terkorban di Yaman dikira sebagai Syahid."